Sunday, March 3, 2013

AKTIVITI 3

oleh : Nor Fazliana Azwa binti M. Yusof

Hai..bertemu lagi untuk mengetahui apa aktiviti ke-3 yang telah difikirkan..Sekiranya kita menjadi Cikgu Daniel, apa tindakan kita? Amat lah tidak bijak sekali jika kita menjadi guru yang pasif dan tidak dihormati !!

Pengenalan

Kounin (1971) menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Guru perlulah mempunyai withitness, iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa.

Aktiviti

Okay..kali ini, aktiviti dicadangkan menunjukkan kebolehan cikgu melakukan pertindanan ini :


1) Saat melangkah kaki ke dalam kelas, guru hendaklah diam dan memandang  ke seluruh bahagian kelas dan melihat murid-murid yang leka bermain tanpa mengeluarkan sepatah bicara.


2) Sekiranya cara ini tidak berhasil, guru bersedialah dengan wisel yang boleh menarik perhatian mereka. Bunyikan wisel beberapa kali dan dalam masa yang sama arahkan murid-murid duduk dalam keadaan teratur dan senyap.



3) Selepas itu, mari kita jalankan aktiviti yang dapat menghidupkan suasana bilik darjah yang positif iaitu guru menjalankan aktiviti "CEPAT INGAT". Aktiviti ini melibatkan semua murid dan guru memberikan arahan yang jelas cara permainan ini dijalankan.




ARAHAN : MURID DI DALAM KUMPULAN BERTIGA DIKEHENDAKI DATANG KEPADA GURU DAN MENGINGAT PERKATAAN YANG DITUNJUK. KEMUDIAN, GURU AKAN MENYELERAKKAN PELBAGAI PERKATAAN DI 3 SUDUT YANG BERLAINAN. WISEL AKAN DITIUP DAN SETIAP KUMPULAN DIBERI MASA 1 MINIT UNTUK MENCARI PERKATAAN YANG TELAH DIINGAT DAN DUDUK. 


4) Murid duduk ditempat masing-masing selepas mendapat perkataan. Guru menyuruh seorang demi seorang murid menyebut perkataan yang mereka dapat. Jika terdapat murid yang bising, wisel akan ditiup dan murid tersebut perlu membacakan jawapannya. Perkataan yang diberi boleh mengajar murid tentang peraturan kelas (diam, hormat, bantu, tolong, dengar, main, belajar). Selain itu, permainan ini juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu, jawi, bahasa Arab dan sebagainya.


Kelebihan aktiviti ini


  • Guru dapat menghalang murid daripada membuat bising.
  • Guru berjaya mengawasi  dan berinteraksi dengan semua kumpulan walaupun ketika itu dia sedang menunjukkan perkataan kepada kumpulan yang lain.
  • Guru dapat mendisiplinkan murid kerana guru terus mengambil tindakan dengan jelas, tegas dan serius dengan meniup wisel.

Penutup

Guru harus mengelak daripada memberikan arahan yang tidak jelas, tidak wajar dan sukar difahami. P&P yang tidak lancar kadang kala berpunca dari guru yang tidak pandai mengawal dan menyelia dengan baik, maka mengikut pengajaran yang dicadangkan oleh Kounin ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan salah laku di dalam bilik darjah.

Selamat Mencuba ! =)

1 comment: