Monday, May 6, 2013

Guru : " INI PUN TAK TAHU !! "

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Agak-agak la kan....berapa ramai para guru yang pernah guna ayat ini kepada anak muridnya??
Ehemm..Tahukah para guru yang budiman ayat ini telah membunuh KESEDARAN murid untuk belajar? Ayat ini telah membunuh PENGLIBATAN murid di dalam bilik darjah?

Hakikatnya..guru yang pernah menggunakan ayat ini telah menjatuhkan martabatnya sendiri. Guru ini telah memalukan muridnya sendiri. Guru ini telah menjadi guru yang bekerja 25 hari sebulan makan gaji. Guru ini juga telah mengabaikan amanah yang telah Allah berikan!

Renung dan refleksi.

Bagaimana nak wujudkan KESEDARAN dan PENGLIBATAN dalam diri murid kita?
1. Jangan MALUkan murid kita.
2. Galakkan murid suka dan seronok untuk bertanya dan menjawab soalan kita.
3. Berilah pujian, ucapan terima kasih apabila murid kita bertanya atau menjawab soalan kita.
4. Tegurlah murid secara positif.
5. Terimalah jawapan murid dengan terbuka.
6. Biarkan murid menerima teguran guru dengan perasaan yang seronok.

P/S : Bila tak tahu, susah. Bila tahu, senang.

Thursday, March 14, 2013

aktiviti 6

oleh : Nur Athirah binti Zolkepli

aktiviti : POTRETKU

objektif : menerima pandangan orang lain pada diri sendiri dengan sikap terbuka
            : bersyukur menerima anugerah Tuhan daripada segi kelebihan dan kekurangan




langkah-langkah 

  1. Guru mengedarkan kertas A4 kepada semua murid
  2. murid-murid diminta melukis potret masing-masing
  3. potret yang dilukis dikumpulkan dan diletakkan di atas meja.
  4. murid kemudian diarahkan mencari potret mereka dan menceritakan berkenaan potret yang dilukis secara bergilir-gilir. 

Wednesday, March 13, 2013

Ciri Guru Efektif

Alex Griffiths, Karen Jones (2012). 101 Senarai Penting Menguruskan Tingkah Laku di Sekolah Rendah. Mihas Grafik Sdn.Bhd, Selangor.




AKTIVITI 5



Oleh : Nor Fazliana Azwa Binti M.Yusof

Objektif : mewujudkan suasana yang positif dalam bilik darjah.

Aktiviti :Senaman Buah Tembikai


  1. Semua murid bangun dan mengambil jarak.
  2. Murid mendengar arahan guru dan meniru pergerakan guru.
  3. Arahannya = Saya ada sebiji tembikai besar, saya potong empat. Saya       beri kawan sebelah kanan saya satu , kawan sebelah kiri saya satu,
    kawan hadapan saya satu, dan tinggal satu untuk saya. Kemudian,
    saya makan buah tembikai itu, kenyang.
  4. Murid mestilah membuat senaman ini secara bersama-sama.

AKTIVITI 4



Oleh : Nor Fazliana Azwa

Objektif : mewujudkan suasana yang positif dalam bilik darjah.

Aktiviti : Isyarat bukan lisan

1 A. Guru menggunakan isyarat bukan lisan alatan seperti loceng atas meja, suis lampu, wisel atau 'clickers'. Contohnya :


  1.        ‘isyarat beratur’ – Guru membunyikan wisel
  2.        ' isyarat diam'    - Guru mengetuk meja tiga kali.
  3.        ' isyarat menghantar tugasan - Guru membunyikan loceng atas meja.




   B. Guru menggunakan ekspresi muka, postur badan, dan isyarat tangan. Contohnya
  1.    'isyarat senyap' – Apabila guru mengangkat tangannya, semua pelajar mesti berhenti bercakap dan turut angkat tangan.
  2.      ' isyarat senyum' - Apabila guru senyum sambil meletakkan 2 jarinya di hujung bibir, murid dikehendaki duduk dengan tertib.


Koperatif

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcdpGe-y8CNOm3wGId88H_UpFz89o698Xz_jesxiE-4hEjnv0a-X8IsRfp1TtpDPsGJmW8xjuq8lb14u11chBN4U37qXlTtL4Ocjgy9eUrpfldLZUdOpasLvZLNScv6fdq11DpfKSG_mM/s1600/images+(4).jpg

Assalamualaikum..apa khabar hari ini? moga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan diredhai oleh Allah..pernah guru-guru di sekolah melaksanakan aktiviti dengan menggunakan kaedah koperatf atau dalam Bahasa Malaysia kerjasama?

 Pernah tak dengar ungkapan "apa yang penting, kerjasama.." siapa-siapa yang pernah dengar ungkapan tu pasti tahukan cerita apa yang selalu menggunakan dialog ini,hehe..bialah kami beritahu..dialog ini selalunya ada dalam cerita kartun Wonder Pets. Daripada cerita kartun pun kita boleh ambil iktibarnya tau. Apa-apa pkerjaan yang kita lakukan secara bekerjasama pasti akan menjadi mudah, cepat dan pantas. kerjasama ini tidak membebankan seseorang bak kata pepatah "berat sama di jinjing, ringan sama di pikul",hehe..sebenarnya, kami nak cerita pasal koperatif ni, jadi sama-samalah kita tengok ye..=)

APA ITU KOPERATIF?
- dalam konteks masyarakat Malaysia, koperatif membawa maksud kerja secara bersama, tolong menolong antara satu sama lain dalam satu sistem yang di panggil "berderau".
- dalam konteks pendidikan pula bermaksud murid-murid belajar bersama-sama dalam satu kumpulan yang kecil.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. matlamat kumpulan : kejayaan kumpulan dalam menjuarai pertandingan atau permainan.
2. peranan ahli : setiap ahli mempunyai tanggunggjawab yang dipikul bersama
3. sumber atau bahan : bahan dikongsi bersama dalam satu kumpulan.
4. interaksi bersemuka : diberikan hak untuk bercakap dalam kumpulan secara terkawal dengan pengawasan guru.


PERBEZAAN KOLABORATIF DAN KOPERATIF

Koperatif
Kolaboratif
guru tidak memberikan kuasa sepenuhnya kepada murid
kuasa sepenuhnya kepada murid.
guru mengawal atau bertindak sebagai instruktor
pembelajaran seiring dengan gerakan konstruktivisme sosial yang mementingkan liberisasi pengetahuan dan autoritinya

autori terletak dalam tangan guru
autoriti dipindahkan kepada murid selepas guru menentukan tugasan
mementingkan kerjasama

mementingkan hasil atau produk

Sunday, March 3, 2013

AKTIVITI 3

oleh : Nor Fazliana Azwa binti M. Yusof

Hai..bertemu lagi untuk mengetahui apa aktiviti ke-3 yang telah difikirkan..Sekiranya kita menjadi Cikgu Daniel, apa tindakan kita? Amat lah tidak bijak sekali jika kita menjadi guru yang pasif dan tidak dihormati !!

Pengenalan

Kounin (1971) menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Guru perlulah mempunyai withitness, iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa.

Aktiviti

Okay..kali ini, aktiviti dicadangkan menunjukkan kebolehan cikgu melakukan pertindanan ini :


1) Saat melangkah kaki ke dalam kelas, guru hendaklah diam dan memandang  ke seluruh bahagian kelas dan melihat murid-murid yang leka bermain tanpa mengeluarkan sepatah bicara.


2) Sekiranya cara ini tidak berhasil, guru bersedialah dengan wisel yang boleh menarik perhatian mereka. Bunyikan wisel beberapa kali dan dalam masa yang sama arahkan murid-murid duduk dalam keadaan teratur dan senyap.



3) Selepas itu, mari kita jalankan aktiviti yang dapat menghidupkan suasana bilik darjah yang positif iaitu guru menjalankan aktiviti "CEPAT INGAT". Aktiviti ini melibatkan semua murid dan guru memberikan arahan yang jelas cara permainan ini dijalankan.




ARAHAN : MURID DI DALAM KUMPULAN BERTIGA DIKEHENDAKI DATANG KEPADA GURU DAN MENGINGAT PERKATAAN YANG DITUNJUK. KEMUDIAN, GURU AKAN MENYELERAKKAN PELBAGAI PERKATAAN DI 3 SUDUT YANG BERLAINAN. WISEL AKAN DITIUP DAN SETIAP KUMPULAN DIBERI MASA 1 MINIT UNTUK MENCARI PERKATAAN YANG TELAH DIINGAT DAN DUDUK. 


4) Murid duduk ditempat masing-masing selepas mendapat perkataan. Guru menyuruh seorang demi seorang murid menyebut perkataan yang mereka dapat. Jika terdapat murid yang bising, wisel akan ditiup dan murid tersebut perlu membacakan jawapannya. Perkataan yang diberi boleh mengajar murid tentang peraturan kelas (diam, hormat, bantu, tolong, dengar, main, belajar). Selain itu, permainan ini juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu, jawi, bahasa Arab dan sebagainya.


Kelebihan aktiviti ini


  • Guru dapat menghalang murid daripada membuat bising.
  • Guru berjaya mengawasi  dan berinteraksi dengan semua kumpulan walaupun ketika itu dia sedang menunjukkan perkataan kepada kumpulan yang lain.
  • Guru dapat mendisiplinkan murid kerana guru terus mengambil tindakan dengan jelas, tegas dan serius dengan meniup wisel.

Penutup

Guru harus mengelak daripada memberikan arahan yang tidak jelas, tidak wajar dan sukar difahami. P&P yang tidak lancar kadang kala berpunca dari guru yang tidak pandai mengawal dan menyelia dengan baik, maka mengikut pengajaran yang dicadangkan oleh Kounin ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan salah laku di dalam bilik darjah.

Selamat Mencuba ! =)

Saturday, March 2, 2013

AKTIVITI 2






Hai..Assalamualaikum pendidik-pendidik sekalian..apa khabar anda di sana? harap-harap sihat walafiat di samping keluarga, rakan-rakan yang disayamgi,hehe...pada entry yang lepas, kami sudah memberikan aktiviti yang pertamakan pasal kelas 3 Mesra itu, ingat lagi ke bagaimana cara mengatasinya? =) kalau tidak ingat bolehlah lihat balik entry lepas ya.

 kami tidak akan mengulangi lagi kerana kami akan memberikan aktiviti yang baru pulak...apa? tak sabar nak tau apa aktiviti itu? sabar kawan-kawan, kami akan memberikannya sebentar lagi....jom kita lihat sama-sama..=)

1. sebelum guru melangkah masuk ke kelas, guru perlu membuat muka tegas dan tidak senyum.

2. guru perlu meMberikan arahan dengaN tegas dan suara yang kuat supaya murid dapat berhenti dari melakukan sebarang aktiviti.

3. selepas itu, guru mngeluarkan guli dan balang yang telah disediakan dan diedarkan kepada setiap seorang murid di dalam kelas. 

4. pasti murid tertanya-tanya apa yang guru hendak mereka lakukan dengan guli dan balang ini. maka, pada waktu ini guru boleh menerangkan maksud pemberian tadi.

5. setiap murid akan mendapat guli tersebut dan dimasukkan ke dalam balang. guli tersebut akan bertambah jika murid mematuhi peraturan yang telah dilaksanakan. Pada setiap bulan, guru akan mengira guli tersebut. Murid yang memperoleh guli yang banyak akan diberikan ganjaran.

PESANAN :

  • Murid yang dapat menjawab soalan dengan betul, bertingkah laku baik, membuat kerja sekolah, membantu rakan juga boleh diberikan ganjaran. 
  • guru juga boleh menggunakan benda lain, bukan guli semta-mata. contohnya sistem token dan berikan bintang untuk dilekatkan di jadual yang disediakan.

kelebihan aktiviti ini


  1. Boleh meningkatkan keyakinan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  2. Dapat membentuk disilpin murid yang teratur dalam bilik darjah.
  3. Murid akan rasa dihargai oleh guru.
  4. paling penting adalah murid akan rasa gembira.


Wednesday, February 27, 2013

AKTIVITI 1

Bagi mengawal murid-murid kelas 3 Mesra, guru bolehlah melaksanakan aktiviti yang kami nyatakan ini. moga ia dapat memberi manfaat kepada semua..=) selamat melihat..=)



1. Apabila guru melangkah masuk ke kelas, guru  mengalunkan muzik menggunakan alatan muzik yang ada.


  •  Menurut Davies (2000), muzik adalah satu saluran yang diterima untuk mengungkapkan perasaan, luahan perasaan dan emosi seseorang. melalui muzik juga, murid-murid dapat pengalaman yang menyeronokkan, kegembiraan dan tindak balas emosi yang positif.
2. Peralatan yang digunakan oleh guru boleh dipelbagaikan seperti kompang, seruling dan  gitar.

  • Alatan muzik ini dapat menarik minat murid untuk terus memberi perhatian kepada tindakan guru. Meereka kan takjub dengan kehebatan guru yang berkebolehan bermain alat muzik.
3.Tidak kisah lah lagu apa yang di mainkan seperti 'anak itik tok we' atau 'can 
   mali can'. dalam masa yang sama guru boleh juga menyuruh murid-murid bernyanyi sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Perlakuan guru itu sudah cukup membuatkan murid- murid tertumpu kepada guru. 

4. Pada kelas yang akan datang guru boleh menggunakan peralatan yang dan lagu lain pula. Murid-murid pasti akan tertunggu-tunggu kedatangan guru dengan muzik yang baru. Dengan ini, guru dapat menjadikan aktiviti ini satu kepastian apabila masuk ke kelas nanti. 


kelebihan aktiviti ini

1. guru dapat menjadikannya set induksi sebelum memulakan subjek yang ingin dipelajari.

2. merupakan satu saluran yang sihat untuk mencapai  
matlamat pendidikan yang utama iaitu mewariskan budaya sesuatu bangsa. 

3. Murid akan cepat ingat jika isi-isi pelajaran dilagukan seperti lagu '25 Rasul', niat puasa yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan. 



macam mana guru-guru sekalian? boleh tak membayangkan suasana kelas bila kita melaksanakan aktiviti ini? =) jika boleh, cepat-cepatla laksanakan ya di dalam bilik darjah..=)

Keluhan Cikgu Daniel

Assalamualaikum semua...
Hari ini kami nak bagi satu senario yang berlaku dalam bilik darjah dan cuba fikirkan aktiviti yang boleh mengawal senario di bawah...baca ! jangan tak baca,fikir jangan tak fikir..hehhe..=D

"ish ish...apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 mesra. "murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing", arah Cikgu Daniel. semua murid tidak mengendahkan arahan cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.



Macam mana pendidik sekalian, dapat tak cara nak mengawal murid-murid kelas 3 Mesra ni? Bagi yang masih mencari-cari idea, teruskan mencari dan pada entry akan datang kami akan senaraikan aktiviti-aktivitinya supaya dapat membantu mengawal situasi di atas...

okay. Assalamualaikum.