PERATURAN

Murid-murid mempunyai hak untuk belajar dan menimba ilmu dalam suasana yang selesa, aman dan selamat. Melihat kanak-kanak abad 21 ini, guru perlu memikirkan cara untuk mewujudkan persekitaran yang positif ini kerana jika tidak pasti akan berlaku pelbagai ragam, masalah disiplin dan tingkah laku di dalam bilik darjah kelak. Baiklah, di sini kami telah memikirkan beberapa peraturan bilik darjah yang sedikit sebanyak boleh djadikan panduan bagi cikgu-cikgu ye..


Ha ! Sebelum itu, ingin kami nyatakan peraturan yang cikgu-cikgu rangka ini boleh juga secara syura dengan murid-murid kita di dalam kelas. Maksudnya, peraturan ini dicadangkan oleh murid-murid atau dari kita sendiri dan dipersetujui oleh semua orang. Cara ini lebih efektif dan murid akan lebih berhati-hati menjaga tingkah laku mereka, membentuk sikap kerjasama dan saling membantu di dalam bilik darjah supaya tidak berlaku pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan. Satu lagi, gunakan ayat positif dan tidak digalakkan menggunakan perkataan ' JANGAN ' atau ' TIDAK BOLEH ' kerana biasakan murid-murid dengan perlakuan yang positif supaya kelihatan lebih relax dan santai.






Okay ke tidak cikgu-cikgu?? Boleh la kan tambah-tambah idea lagi untuk kita buat peraturan ini di bilik darjah kita nanti. Selepas buat peraturan ini, kita kene terangkan kepada murid-murid kita untuk patuh dan kalau boleh ambil aku janji murid-murid kita..Tidak perlu formal-formal macam ayat 'Bahawasanya kami' bagai semua itu. Menarikkan sedikit proses syura ini dengan cikgu-cikgu suruh murid-murid tanda tangan pada peraturan yang kita sudah buat tadi. Contoh, dalam buah epal gambar itu. Mesti murid-murid kita teruja. 1 lagi contoh, pernah tak tengok filem Ron Clark? Kisah seorang cikgu yang nak tarik hati murid-muridnya untuk belajar. Cara yang cikgu Ron tu buat selepas dia buat peraturan bilik darjah ialah, dia beli sebiji kek dan mengambil aku janji atau persetujuan murid dengan menyuruh seorang demi seorang muridnya menyalakan lilin pada kek tersebut. Ha..menarik bukan? Marilah kita sama-sama menjadi guru yang kreatif dalam mendidik. =)

Berikut adalah gambar-gambar peraturan lain yang telah kami tanya pak cik Google :-



Sekarang, perkara nombor dua selepas kita buat peraturan ialah amaran kepada murid-murid sekiranya berlaku pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan iaitu guru akan menyediakan ganjaran yang cukup lumayan. Bagaimana bentuk ganjaran tersebut? Ikut lah kreativiti cikgu-cikgu sekalian tetapi jangan sekali-kali menggunakan kekerasan sebaliknya gunalah cara yang hikmah untuk mendidik seperti Rasulullah SAW. Antara ganjaran yang kami telah fikirkan ialah mata dimerit yang kami rasakan masih relevan sehingga sekarang. Bagi murid-murid sekolah rendah, kita boleh menggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan mata dimerit tersebut seperti setiap murid mempunyai sebuah buku nota kecil yang digantung (macam apron / guna penyangkut baju) di dinding kelas. Setiap kali peraturan di langgar atau mendapat kejayaan, guru akan mengecop di dalam buku nota tersebut dengan cop ekspresi muka (gembira, marah, sedih). Kemudian, setiap akhir bulan guru akan menyemak buku itu dan boleh mengenalpasti murid yang bermasalah tingkah laku serta murid yang baik akan mendapat hadiah. 

Itu merupakan salah satu contoh cikgu boleh fikirkan banyak lagi cara untuk memberikan ganjaran atau dendaan. Sekian.

No comments:

Post a Comment