PENGENALAN

Assalamualaikum

Admin 1 : Nur Athirah Binti Zolkepli
10 Februari 1992
Bukit Beruntung, Selangor.

Admin 2 : Nor Fazliana Azwa Binti M.Yusof
02 Disember 1992
Gombak, Selangor.


Pengenalan Pengurusan Bilik Darjah



    Sekolah rendah kerajaan di Malaysia adalah khusus untuk kanak-kanak yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. tempoh persekolahan di sekolah rendah adalah selama enam tahun, bermula dari tahun satu hingga tahun enam.

     Pengurusan bilik darjah merupakan fokus utama bagi semua guru kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara kondusif dan positif. Antara pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah guru mempunyai hubungan yang baik dengan murid-murid. Selain itu, guru yang memahami tingkah laku, personaliti dan tabiat murid-murid dapat menjadikan perjalanan rutin bilik darjah berjalan dengan lancar. Tambahan pula, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya agar dapat menguruskan bilik darjah dengan berkesan.


APA MAKSUD DISIPLIN BILIK DARJAH?

a) Disiplin = mengajar, peraturan, membuat sesuatu dengan tertib.

b) Bilik darjah = tempat sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

c) Disiplin bilik darjah bermaksud pengajaran yang meliputi arahan,  
    komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid,
    guru dan persekitarannya.

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
1. Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B. F. Skinner
2. Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter
3. Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs
4. Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S. Kounin
5. Model Terapi Realiti oleh William Glasser





No comments:

Post a Comment